Al Fatihah untuk Ustaz Asri Rabbani
"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…"
Inilah yang ditulis oleh Ustaz Asri dalam blognya. Penuh makna, terlalu menyayat hati lebih-lebih lagi bila dibaca selepas pemergian beliau. Ustaz Asri terlalu banyak berjasa, melalui lagu nasyid, penulisan, dan aktiviti beliau melalui dakwah dalam dunia hiburan.
Arwah sering berpesan, "walau selama manapun kita hidup, penghujungnya pasti mati. Jadi jangan lupa bawa bekalan untuk pulang. "
Kawan-kawan amat menghormati allahyarham, dan beliau adalah tempat rujuk untuk banyak benda berkaitan hal-hal agama.
Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada ketua kumpulan Rabbani, Ustaz Asri yang telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Punca kematian adalah disebabkan sakit jantung. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment