Tuesday, October 6, 2009

KHASIAT KISMIS

Pakar pembangunan kanak-kanak, Ruth Liew, berkata kismis memang baik untuk kanak-kanak kerana ia mengandungi serat, antioksidan, valium dan kalium, iaitu nutrien penting untuk badan.
“Dengan pemakanan yang optimum , keupayaan pembelajaran, daya tumpuan dan pembangunan mental kanak-kanak boleh dipertingkatkan. Ada ibu bapa yang menggunakan kismis untuk membuat pelbagai snek ringan untuk anak mereka, malah kismis juga senang dikendalikan,” katanya.
Hakikatnya, makanan berkhasiat seperti Kismis California yang mengandungi pelbagai vitamin berguna untuk badan akan menjadikan badan sihat dan jauh daripada penyakit.
Walau bagaimana sekali pun kismis dimanfaatkan dalam masakan, khasiatnya tetap berguna untuk perkembangan minda dan tubuh badan manusia kerana ia mengandungi gula asli yang tidak memudaratkan sistem badan manusia.
“Jangan sangka kismis yang kecil itu tidak mempunyai kebaikan. Jika dimasukkan dalam masakan, ia adalah ramuan yang sihat dan boleh mencantikkan rupa serta menambah kelazatan sajian secara keseluruhannya.”

No comments:

Post a Comment